28/02/2022
Hasilkan rambut yang cantik dan bersinar hanya dari rumah sahaja!
1. Penggunaan shampoo yang sesuai dengan jenis rambut. Penggunaan syampu yang tidak mengandungi sulfate, sodium laureth sulfate dan paraben lebih baik untuk rambut.
Cara untuk membasuh rambut:
Basahkan rambut dengan air suam atau air sejuk
Gunakan 1/4 syampu daripada saiz tapak tangan anda
Gosok dan urut kepala perlahan-lahan dan fokuskan di bahagian kulit kepala
Bilas
Jangan gunakan air yang terlalu panas kerana air panas akan merosakkan akar rambut.
2. Gunakan conditioner untuk hasilkan rambut yang halus
Cara untuk memakai conditioner:
Gunakan 1/4 perapi daripada saiz tapak tangan anda
Letakkan di bahagian hujung rambut
Biarkan 2 hingga 3 minit
Bilas
Jangan sesekali terkena kulit kepala kerana ia akan menyebabkan kulit kepala and makin berminyak.
3. Gunakan hair mask 2 kali seminggu. Hair mask berfungsi untuk melembutkan rambut dan mengurangkan rambut yang kusut.
Cara untuk guna hair mask:
Sapukan hair mask di seluruh rambut
Sapukan hair mask selepas syampu rambut dan sebelum conditioner
4. Penggunaan hair serum atau hair oil membantu rambut tampak kelihatan lebih terurus dan tidak kusut
Cara untuk guna hair serum atau hair oil:
Titiskan 2 hingga 3 minyak rambut dan sapukan bahagian hujung rambut
Jangan terkena kulit kepala juga ya!
5. Gunakan hair tonic untuk rambut yang lebih kuat.
Cara untuk guna hair tonic:
Gunakan selepas mengeringkan rambut menggunakan tuala
Letakkan hair tonic pada kulit kepala mengikut garisan kepala
Gosok dan urut kulit kepala dengan perlahan-lahan
6. Sikat rambut sebelum basuh supaya rambut lebih terurus dan tidak kusut apabila hendak disikat nanti.
7. kurangkan tahap kepanasan peralatan rambut ketika menggayakan / blow dry.
8. Jangan mengikat rambut terlalu ketat supaya rambut tidak gugur dan rapuh.
9. Untuk mengelakkan hujung rambut lebih bercabang, lebih baik dipotong 1 - 2 cm.
10. Tidur dengan kain bantal jenis silk akan mengurangkan pergeseran rambut semasa tidur.