19/05/2025
AIR MATA BIRU KUALA SELANGOR
(BLUE TEARS)
INILAH KEAJAIBAN KUALA SELANGOR
MISTERI PERMATA BIRU YANG JARANG JARANG DITEMUI DI MALAYSIA...
BERTAPA BERTUAHNYA WARGA KUALA SELANGOR!
Blue Tears, Penemuan Luar Biasa Di Kuala Selangor. Laut Bercahaya Dengan Warna Kebiruan
Selepas Sky Mirror yang terletak di Kuala Selangor, Selangor menjadi tumpuan ramai, terdapat satu lagi destinasi yang kini menjadi bualan ramai iaitu Blue Tears.
Terletak berdekatan dengan Sky Mirror, Blue Tears terhasil daripada fenomena fitoplankton yang mengeluarkan cahaya biru terang.
Keadaan itu akan menjadikan laut kelihatan bercahaya dengan warna kebiruan yang sungguh mempesonakan.
Fitoplankton merupakan sejenis tumbuhan marin yang hanyut di permukaan air dan akan menghasilkan pancaran rona biru sebaik bertindak balas dengan air laut.
Pegawai Pelancongan, Unit Pelancongan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Sazlan Hakeem Mazalan ketika dihubungi berkata, Blue Tears atau Air Mata Biru merupakan satu penemuan luar biasa di Kuala Selangor.
"Sebenarnya lokasi ini baru saja ditemui pada awal tahun 2019. Semuanya bermula apabila beberapa pengusaha pelancongan swasta yang menawarkan pakej ke Sky Mirror memberi makan kepada burung helang di kawasan kuala sungai. Ketika itu, mereka menyedari wujudnya kilauan bercahaya berwarna biru.
"Rentetan itu, pihak berkuasa tempatan bekerjasama dengan mereka (pengusaha pelancongan swasta) untuk menjadikan kawasan itu sebagai destinasi pelancongan unik dikenali yang dikenali sebagai Blue Tears," katanya.
Ujar Sazlan, untuk melihat keajaiban Blue Tears, pelancong akan dibawa menyusuri pantai Kuala Selangor dengan bot khas yang sedia menunggu di Jeti Pekan Lama, Kuala Selangor bermula sekitar jam 8 malam, 9 malam dan 10 malam.
"Operator kemudian akan memberhentikan bot di tengah laut bagi memberi peluang kepada mereka untuk melihat Air Mata Biru yang sangat memukau.
"Jika mahu pegang, operator akan membantu mengambil sampel air laut dalam bekas yang disediakan dan inilah masanya untuk berswafoto bersama kenalan atau keluarga tersayang," katanya.
Di luar negara, fenomena fitoplankton boleh disaksikan di Mosquito Bay, Puerto Rico; Koh Rong, Kemboja; Pulau Vaadhoo, Maldives dan paling popular di Pulau Matsu, Taiwan.
Kredit โก๏ธ Love Kuala Selangor
SJ Homestay penginapan sekitar Kuala Selangor
Boleh Whatsapp untuk Booking tarikh yang available ๐ฅฐ
Untuk Tempahan dan Pertanyaan hubungi :
Hubungi Puan Jamaliah
www.wasap.my/+60173420591