25/12/2023
๐ ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ก๐๐ง ๐๐ซ๐จ๐ฌ๐๐ฌ ๐๐๐ฆ๐๐ฌ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ญ๐๐ฉ ๐๐๐ซ๐๐ฉ ๐๐๐ซ๐ฅ๐๐ค๐ฎ.
Anda dengan bina rumah? WAJIB BACA INI!.
Adakah anda telah tahu dan siapkan bahan untuk pastikan pemasangan atap rumah anda adalah yang terbaik? .
Berapa ramai yang telah mengalami isu bocor, bau busuk najis kelawar dan pelbagai jenis isu lain kerana tidak tahu cara mengatasinya dari awal lagi? .
Hari ini kami akan kongsikan 3 kesalahan yang kerap berlaku dalam proses pemasangan atap rumah.
1. Menggunakan simen mortar untuk lekatkan perabung
- Ini adalah antara perkara yang dah jadi biasa dalam pembinaan, katanya kalau tak guna simen perabung akan jatuh, tapi hakikatnya dalam 2 ke 3 tahun, simen mula retak dan berlakunya kebocoran. Solusi terbaik untuk pemasangan perabung adalah menggunaan getah perabung, dan pastikan anda lekatkan perabung menggunakan skru atau paku, bukannya simen yang mana akan menyukarkan proses baik pulih pada masa-masa akan datang.
2. Tidak menilai spesifikasi kerangka bumbung
- Ini perlukan dilihat dari segi kecondongan, saiz ketebalan(kekuda besi) untuk menentukan jenis atap mana yang sesuai untuk digunakan. Sebagai contoh, sekiranya besi kekuda yang diguna adalah bersaiz 0.72mm, maka jenis atap/bumbung yang sesuai digunakan adalah zink atau pun ardex. Atap genting tidak boleh dipasang kerana kemungkinan berlaku runtuhan adalah sangat besar.
3. Terdapat banyak ruang yang boleh dimasuki kelawar dan burung ke dalam ruang bumbung
- Ini sering kali menjadi masalah besar pada pemilik rumah, bukan taknak halang, tetapi tak tahu. Ruang yang anda diantara atap dan kayu atau kekuda besi adalah ruang yang boleh dimasuki oleh burung dan kelawar. Ini akan mengakibatkan ruang bumbung rumah anda dipenuhi dengan najis kelawar dan burung. Semestinya ini akan mendedahkan anda dengan pelbagai jenis penyakit dan gangguan bau di ruangan rumah. Pastikan anda menggunakan perangkap kelawar seperti Monier Pest Guard untuk menutup ruang ini.
Kami harap perkongsian kali ini dapat menjadi satu ilmu berguna buat mereka yang baru ingin bina rumah. Kami doakan anda memiliki rumah yang sempurna dan selesa..
Nak lebih info tentang bina rumah? Atau nak dapatkan bahan binaan yang berkualiti? .
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐ผ๐๐ผ๐๐ผ
Link Whatsapp : http://bit.ly/AtapMonierKelantan
Nom Tel : 017 787 6500