Lepak Tools

Lepak Tools Lepak Tools adalah platform untuk perkongsian maklumat tentang peralatan kerja (tools) dan informasi

23/02/2026

VESSEL WOOD-COMPO Anti-Slip Screwdriver

Pegangan kayu + resin komposit.
Gabungan tradisional dan moden untuk menghasilkan cengkaman padu, tak licin walau tangan berminyak.
Torque lebih tepat, rasa premium setiap putaran.
Ringkas. Kemas. Untuk kerja yang serius. 🔧💪

Didalam pemilihan sesebuah Air compressor faktor utama yang perlu dititikberatkan adalah nilai CFM yang mampu diberikan ...
25/01/2026

Didalam pemilihan sesebuah Air compressor faktor utama yang perlu dititikberatkan adalah nilai CFM yang mampu diberikan oleh compressor tersebut.. kenapa CFM adalah lebih penting... Mari kita ketahui terlebih dahulu apa itu CFM.

🔧 Apa itu CFM & Kenapa Ia Penting untuk Air Compressor?

Ramai orang beli air compressor tengok HP & saiz tangki, ya saya pun dahulu seperti ini juga
tapi sebenarnya yang paling penting ialah CFM.
CFM (Cubic Feet per Minute) bermaksud
➡️ jumlah udara yang compressor boleh bekalkan setiap minit.

📌 Mudah faham:
HP = kuasa motor
Tank = simpanan angin
CFM = bekalan angin sebenar semasa bekerja

Kalau CFM tak cukup:
❌ Impact wrench jadi lemah
❌ Spray gun sembur tak cantik
❌ Air hammer cepat mati
❌ Compressor kerap hidup sebab angin habis
Mudah faham peralatan angin kita tidak dapat memberikan kuasa yang sepatutnya (optimal) jika CFM tidak mencukupi.

🔍 CFM sebenar yang perlu dilihat ialah:

👉 Air Delivery / FAD, bukan displacement(penting baca description produk sebelum membeli).

📊 Anggaran keperluan CFM alat:
Blow gun: 2–4 CFM
Tyre inflator: 3–5 CFM
Oil suction: 4–6 CFM
Spray gun: 8–12 CFM
Impact wrench: 8–15 CFM
Air hammer: 10–20 CFM

Nota: ☝️data ini berdasarkan spesifikasi produk yang saya dapat ketika survey description tools di kedai online.

💡 Tip penting:
Pilih compressor dengan CFM sekurang-kurangnya 20–30% lebih tinggi dari keperluan alat.
👉 CFM cukup = kerja lancar.
👉 CFM rendah = kerja stres.

📌 INGAT!(PENTING RAMAI YANG SALAH FAHAM)
✔ Rujuk Air Delivery / FAD
❌ Jangan tertipu dengan displacement sahaja(untuk pengiklanan sedap tengok nombor ini untuk tarikan pembeli)

Jenama yang saya lihat harga berpatutan dengan nilai CFM yang berbaloi salah satunya Model EURO X EAG-3-10063F dan ada kelulusan JKKP(kebiasaannya yang ada JKKP ni lebih jujur dalam membentangkan spesifikasi produk.)
https://s.shopee.com.my/1qW3h4yHLU

“Air tools don’t need hype — they need CFM.”
“CFM matters more than HP.”

EURO X AIR PLUSOil Free Silent Air CompressorModel: EAG-3-10063F | 3HP | 100LKalau anda sedang cari compressor oil-free ...
25/01/2026

EURO X AIR PLUS
Oil Free Silent Air Compressor
Model: EAG-3-10063F | 3HP | 100L

Kalau anda sedang cari compressor oil-free yang betul-betul berbaloi untuk bengkel rumah atau kerja servis, ini antara model paling selamat untuk dipilih.

✅ Kenapa model ini pilihan terbaik?
🔹 Oil-Free & Silent
✔ Udara lebih bersih
✔ Kurang penyelenggaraan
✔ Bunyi rendah – sesuai untuk rumah & bengkel kecil

🔹 Kuasa 3HP + Tangki 100 Liter
✔ Simpan angin lebih banyak
✔ Kurang kerap motor hidup
✔ Kerja lebih stabil & konsisten

🔹 Air Delivery 384 L/min (≈ 13.5 CFM)
✔ Lebih dari cukup untuk:
Oil suction (Samoa & setara)
Tyre inflation & tyre changer (light–medium)
Blow gun, air tools ringan
Servis & pembaikan breakdown kenderaan

🔹 Tekanan Kerja 8 Bar / 115 PSI
✔ Standard industri
✔ Sesuai untuk kebanyakan peralatan pneumatik

🔹 Multi Motor (3 Head) + MCU Controller
✔ Beban diagih lebih seimbang
✔ Operasi lebih stabil
✔ Jangka hayat motor lebih panjang

👀Ada certificate daripada badan keselamatan JKKP ke tidak?
✔️ Ada

🧰 Siapa paling sesuai guna model ini?
✔ Bengkel rumah
✔ Mekanik freelance
✔️ Pengguna yang memerlukan Kompressor oil free yang mempunyai CFM yg baik.
✔ Pengguna yang nak compressor senyap, bersih & tahan lama

🌟 TIPS pembelian sesebuah compressor
- untuk pemilihan sesebuah Kompressor nilai CFM lebih penting berbanding HP ...

🔥 Kesimp**an
Kalau anda nak oil-free compressor yang bukan sekadar senyap, tapi cukup CFM, tangki besar dan praktikal untuk kerja sebenar,
EURO X EAG-3-10063F ini memang pilihan yang bijak.
👉 Buka suis, simpan angin, terus buat kerja.
👉 Tak perlu overkill, tak perlu upgrade cepat.

Akhir kata daripada saya... Cintailah tanah air kita dan sama-sama menjaga keharmonian negara tercinta kita ini dan untuk compressor ini p**a “Silent enough for home. Strong enough for real work.”

Boleh dapatkan model ini daripada Speed Oxy sebagai salah satu trusted seller didalam industri machinery di Malaysia atau beli melalui kedai online nya di Shopee
https://s.shopee.com.my/3qH7jSEBf3

HiKOKI C3610DRA — Mitre Saw 36V yang dicipta untuk kerja tepat, kemas & laju.Untuk tukang kayu, kontraktor, pembuat kabi...
11/12/2025

HiKOKI C3610DRA — Mitre Saw 36V yang dicipta untuk kerja tepat, kemas & laju.
Untuk tukang kayu, kontraktor, pembuat kabinet atau sesiapa yang perlukan potongan yang konsisten… inilah mesin yang memang tak mengecewakan.

Untuk saya yang bukan kategori profesional agak overkill ikutkan terus invest pada model ini... tetapi ini antara mesin terawal saya beli dari jenama HiKOKI ini....masa itu harga agak sangat keras... tetapi masa itu ada rezeki dari Allah jadi saya pilih yang model ini kerana pada ketika itu saya tinggal di rumah jenis apartmen...saya perlukan mesin yang boleh digunakan diluar dan boleh digunakan tanpa wayar...pada masa ini HiKOKI sahaja yang ada dipasaran yang offer ciri-ciri yang saya perlukan iaitu

-cordless 👍
-Corded/wayar👍
-sistem sliding compact👍

Jadi saya pejam mata dan hati dengan " beli dulu menyesal kemudian" 😆 yang akhirnya sehingga kini saya tak menyesal 😆😆

Kelebihan yang dapat saya kongsikan kepada pembaca tentang model HiKOKI ini adalah

🔋 Dual Power: Bateri 36V atau AC/DC Adapter
Paling best..sebab?
• Nak bebas bergerak → guna bateri MultiVolt.
• Nak kerja non-stop tanpa risau bateri → sambung saja AC/DC adapter.
Satu mesin, dua pilihan kuasa.(Sebab utama kenapa saya invest pada HiKOKI)

🪚 Kelebihan Utama C3610DRA
• Bilah 255mm – potongan besar & bersih.
• Sistem sliding kompak – tak makan ruang belakang.
• Laser guide & LED – potongan lebih tepat.
• Motor brushless – lebih kuat, lebih tahan lama.
• ± 375 potongan (2×4 SPF) sekali cas – sesuai untuk projek harian.
(Untuk faktor ini saya pilih kerana sistem sliding nya yang tak makan ruang)

🎯 Kegunaan & Fungsi Terbaik
✔ Potong kayu framing
✔ Kabinet & kerja perabot
✔ Renovation & interior finishing
✔ Trim, moulding & potongan sudut
✔ Tapak bina yang perlukan mobiliti tinggi

Dengan kelebihan kuasa bateri + pilihan AC/DC, memang senang nak sesuaikan dengan apa jua keadaan kerja.Bergantung pada pengguna faktor mana yang dipertimbangkan untuk pemilihan mitresaw.
Kadang perlu bergerak,kita ada bateri… kadang perlu “power tak putus” kita ada cable ACDC ADAPTER. Atas faktor ini saya invest pada HiKOKI.
C3610DRA bagi semuanya.

Spanar CR-V dan CR-V Alloy Steel..apa bezanya? Kenapa CR-V Alloy Steel lebih mahal?Saya cuba kongsikan berdasarkan hasil...
13/11/2025

Spanar CR-V dan CR-V Alloy Steel..apa bezanya? Kenapa CR-V Alloy Steel lebih mahal?

Saya cuba kongsikan berdasarkan hasil research dan pembacaan saya mengenai dua material ini yang biasa kita lihat pada jenama-jenama spanar terkemuka mahupun yang biasa.

Apa beza Chrome Vanadium Steel dengan Chrome Vanadium Alloy Steel? 🤔
Ramai nampak sama, tapi sebenarnya ada beza besar dalam ketahanan & prestasi.

🔹 Chrome Vanadium Steel (Cr-V)
→ Standard material untuk kebanyakan spanar.
→ Tahan karat, kuat dan lasak untuk kerja harian.
→ Sesuai untuk bengkel biasa & DIY.
→ Harga lebih murah dari spanar Chrome vanadium alloy steel

⚙️ Asas: Apa itu Chrome Vanadium (Cr-V)?

Chrome Vanadium Steel (Cr-V) ialah campuran besi (Fe) dengan unsur kromium (Cr) dan vanadium (V).
Ia digunakan secara meluas untuk alat tangan seperti spanar, socket, dan screwdriver kerana:
✅ Tahan karat (dari unsur kromium)
✅ Tahan hentakan & tekanan tinggi (dari unsur vanadium)
✅ Mempunyai kekerasan dan kukuh

Jadi bila label tertulis “Chrome Vanadium Steel”, itu bermaksud ia menggunakan standard formulation keluli aloi ini — biasanya mengikut JIS, DIN, atau ASTM standard.

Nota: grade CR-V juga bergantung pada pengeluar, kilang dan jenama itu sendiri samada ia jenis gred rendah mahupun tinggi.Kebiasaanya Jenama-jenama yang terkenal akan memastikan reputasi mereka terjaga dengan menggunakan gred material CR-V yang baik.

----------------
SETERUSNYA...
----------------

🔹 Chrome Vanadium Alloy Steel (Cr-V Alloy)
→ Versi yang dipertingkat dengan tambahan unsur seperti molybdenum atau nickel.
→ Lebih kuat, lebih tahan hentakan, dan kurang haus walaupun digunakan berulang kali.
→ Pilihan untuk siri professional-grade tools.
→ Harga lebih tinggi untuk spanar yang menggunakan material ini.
→ Kebiasaannya hanya boleh didapati dari jenama-jenama besar dalam kategori profesional - grade tools.

🧪 Asas: Chrome Vanadium Alloy Steel p**a apa bezanya?

Istilah Chrome Vanadium Alloy Steel bermaksud versi yang dipertingkat —
➡️ Ia masih Cr-V, tapi komposisi logamnya diubah suai (di-“alloy-tuned”) untuk dapatkan kekuatan, ketahanan hentakan, atau rintangan haus yang lebih tinggi.

Biasanya:

→ Tambahan unsur molybdenum (Mo) atau nickel (Ni) — untuk ketahanan haba & daya regangan.

→Proses rawatan haba (heat treatment) lebih canggih untuk struktur kristal lebih padat.

→Sesetengah model juga melalui forging process (tempa panas) yang menjadikan struktur logam lebih padat dan tidak mudah retak.

-------------------

🧰🔧🪛Dalam Dunia Tools

Kebiasaannya Jenama-jenama besar seperti KTC, Tone, Vessel, Koken, Toptul , stalhwillie , facom dan banyak lagi selalunya guna Chrome Vanadium Alloy Steel pada produk siri profesional grade mereka sebab mereka nak kawalan mutu yang lebih tepat dan ketahanan jangka panjang.
Dan ada juga menggunakan material CR-V bagi siri standards mereka untuk harga yang lebih menarik pengguna dan ia juga dapat memberikan pilihan kepada pengguna sesuai dengan keperluan dan kemampuan poket mereka.contohnya seperti Toptul mempunyai beberapa siri combination wrench (standard , hi-performance , super torque sereis)

Untuk Jenama-jenama ekonomi di pasaran cukup dengan Chrome Vanadium Steel sebagai bahan asas sebab kos lebih rendah tapi masih tahan untuk kegunaan umum.Jika untuk kegunaan biasa spanar dari DIY pun tak ada masalah 😊

⭐When performance matters, material makes the difference.⭐

SEMANGAT ASIA 🇲🇾🇯🇵🇹🇼🇨🇳🌟 Bangga Gunakan Produk Asia!Kadang-kadang kita terlalu kagum dengan jenama barat, sampai lupa — A...
09/11/2025

SEMANGAT ASIA 🇲🇾🇯🇵🇹🇼🇨🇳

🌟 Bangga Gunakan Produk Asia!

Kadang-kadang kita terlalu kagum dengan jenama barat, sampai lupa — Asia juga punya teknologi dan ketepatan yang luar biasa.

Dari Jepun ke Taiwan — jenama seperti Vessel, Toptul, Koken, dan HiKOKI dah lama membuktikan ketahanan, inovasi dan kualiti yang menandingi nama besar dunia.

🔧 Precision of Japan. Strength of Taiwan. Passion of Asia.

Bila kita guna produk Asia, kita bukan sekadar guna alat… kita menyokong warisan kerja keras dan ketelitian bangsa ASIA kita sendiri.

🌏 “Support Asian Quality. Work with Pride.”

Support Vessel
https://my.shp.ee/977glvb?smtt=0.0.9

Support HiKOKI
https://my.shp.ee/tesan7f?smtt=0.0.9

Support Toptul
https://my.shp.ee/9svpxqq?smtt=0.0.9

06/11/2025

Valuemax 122 pcs tools set

Kita straight terus kepada kelebihan dan kekurangan set ini

✅ Kelebihan utama

👉First tentulah harga: murah untuk tools set yang mempunyai 122 pcs

👉Mudah lengkap: Dengan 122 pcs, anda mempunyai banyak saiz dan jenis alat dalam satu set — bagus untuk “kit asas” bagi rumah , DIY user atau bengkel kecil (weekend mechanic).

👉Material dipamerkan melalui data iklan agak bagus: Penggunaan CR-V steel memberi kelebihan dari segi kekuatan dan ketahanan (walaupun tahap sebenar grade material bergantung pada kilang & versi dan tiada data umum atau data sheet daripada pihak pengeluar).

👉Versatiliti: Menangani pelbagai saiz socket & bit — boleh guna untuk kereta, basikal, motosikal dan pembetulan/pembaikan ringan di rumah.

👉Penyimpanan terkumpul: Kotak menyimpan dengan baik kurang risiko alat hilang atau berselerak.

--------

⚠️ Kekurangan / perkara perlu diberi perhatian

👉Kualiti mungkin rendah sedikit untuk “set kit” ini kerana bukan dalam kategori “alat profesional premium”: Jenama ValueMax nampak sebagai jenama kit alat yang lebih budget friendly/versatiliti, bukan jenama alat tangan dalam kategori top-tier profesional (contoh seperti Toptul, Facom,SATA dan sebagainya). Jadi jika anda guna harian dengan sangat lasak mungkin akan berisiko cepat haus.

👉Penggantian/servis/warranty mungkin terhad: Tak pasti jaminan atau aksesori pengganti untuk set ini di Malaysia.

👉Tidak semua saiz ultra-spesifik: Walaupun banyak saiz, ada kemungkinan sesetengah saiz alatan yang anda perlukan mungkin tiada.

👉Pastikan versi yang betul: untuk pembelian di kedai Shoppe dan tips daripada saya baca dan buat pilihan dengan teliti sebelum check out sebab Kadangkala terdapat varian 46pcs, 108pcs, 122pcs — pastikan anda membeli versi yang “122pcs” yang anda mahu atau sebaliknya.

31/10/2025

Time to upgrade my Sumo King Part 8

31/10/2025

Time to upgrade my Sumo King Part 7

31/10/2025

Time to upgrade my Sumo King Part 6

31/10/2025

Time to upgrade my Sumo King Part 5

31/10/2025

Time to upgrade my Sumo King Part 4

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lepak Tools posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share