01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU!
Merafak sembah dengan penuh takzim dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang berterusan serta terus bersemayam dengan penuh daulat, memayungi negara dan rakyat jelata dengan kebijaksanaan, keadilan serta kepimpinan yang unggul demi kemakmuran, kestabilan dan perpaduan negara.
Sembah Takzim daripada Saint-Gobain Malaysia.