05/05/2026
UPDATE TERKINI DANA MEI 2026 📝
SUMBANGAN DANA PEMBINAAN SURAU AN-NUUR, TAMAN SERULING JAYA, MASJID TANAH, MELAKA.
Assalamualaikum Wrt Wbt.
Alhamdulillah dengan izin ALLAH, Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau An-Nuur Taman Seruling Jaya telah mendapat kebenaran daripada pihak Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk membina surau baharu di lokasi : https://maps.app.goo.gl/hPHFM8PP6RLXmQmX8?g_st=aw
Kapasiti surau yang akan dibina akan dapat menampung 300 orang jemaah dengan anggaran kasar kos pembinaan adalah sebanyak RM 450,000.00. Di kesempatan ini, pihak jawatankuasa ingin mengajak muslim dan muslimat sekalian untuk bersama-sama menghulurkan tangan menjayakan pembinaan Surau An-Nuur.
Kutipan dan sumbangan kalian akan kami gunakan sebaiknya untuk pembinaan keseluruhan surau baharu, Surau An-Nuur, Taman Seruling Jaya, Masjid Tanah, Melaka.
Surau ini nanti akan menjadi tempat untuk para kariah menjalankan aktiviti keagamaan termasuk solat berjemaah dan kuliah pengajian serta terbuka untuk kegunaan masyarakat setempat. InshaaALLAH semoga ALLAH memberkati usaha murni kita ini.
Sumbangan wang ini boleh disalurkan pada Akaun Bank berikut :
BANK ISLAM
JAWATANKUASA PENAJA PEMBINAAN SURAU TAMAN SERULING JAYA
04024 01004 6483
REF : SURAU SERULING
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
En Mohd.Erwan (Pengerusi)
019-6652431
Pn Ida Madiha (Bendahari)
010-2150106
Jemput singgah page facebook kami https://www.facebook.com/share/1BXspycTk2
جزاكم الله خيرا كثيرا وشكرا جزيلا
امين