Kedai Hardware Kelantan

Kedai Hardware Kelantan Menjual dan membekal barang - barang hardware.

01/02/2024

Cara Mudah DIY Pintu Bawah Table Top Dapur, Tak Perlu Guna Langsir. Lagi Kemas

01/02/2024

Cara Tukar Tombol Pintu Yang Rosak, Kemahiran Asas Wajib Tahu Bila Duduk Rumah Sendiri!

10/07/2023

👍🏻👍🏻👍🏻

28/06/2023
‼️Cat Simen Cat Dinding Bajet & Berkualiti‼️Toksoh rusing adik kakok, cat ni harga mampu milik blako, pahtu bukan kata a...
18/06/2023

‼️Cat Simen Cat Dinding Bajet & Berkualiti‼️

Toksoh rusing adik kakok, cat ni harga mampu milik blako, pahtu bukan kata awo bajet ni kualiti takdok, kualiti dio setanding harga.

📌Tidak berdebu/ tidak melekat pada pakaian jika bersandar
📌Boleh guna luar/dalam rumah
📌Tak perlu bancuh, cat siap untuk digunakan. Wak kelik kuca2, buleh cat slaluh😎
📌Cat berasaskan air

Kalau kata berkenan nak try, wasap ambo deh www.wasap.my/60189058907/catdinding




15/05/2023
15/05/2023

Semasa saya tak tahu nak buat kerja apa selepas di berhentikan kerja,

Saya hanya pinjam duit isteri RM10 dan ke Plaza Imbi dan Low Yat. Kalau anak isteri tanya saya ke mana dan buat apa,

"Ayah ada kerja"
"Ada orang minta tolong di kedai"

Berbekalkan duit itulah, buat tambang pergi balik RM4.80 dan baki beli roti dan air. Balik nanti InsyaAllah adalah kadang RM50 atau RM30 duit belanja.

Bertahun-tahun begitulah sampai saya rasa macam nak berhenti sahaja kerja-kerja begini. Penatnya tak tahu nak cerita macamana. Kadang bosan datang, saya tidur saja di surau.

Nak dapatkan kerja tetap, kebanyakan kedai masa tu dah ada pekerja, tapi ada seorang bos kedai yang baik. Dia kata boleh tolong-tolong. Dia bagi upah.

Satu hari saya datang tolong kemaskan laptop dan komputer baru sampai, bos tiba-tiba tarik pagar nak tutup kedai. Sedangkan baru buka.

"Bos, tutup ke?"

"Yelah. Sudah satu minggu tak jalan. Laptop satu pun tak dapat jual ni. Jomlah ikut saya"

Saya pun ikut saja.

Dia naik kereta. Saya duduk sebelah dia. Dia telefon isteri.

"Jom pergi makan. Bawa anak-anak sekali"

Sepanjang perjalanan dia diam je. Saya pun ikut diam sekali. Pening mungkin tiada jualan. Nak hujung bulan.

Mesti banyak hal nak diselesaikan.

Sampai rumah dia, anak-anak isteri naik. Kami pergi ke shooping mall. Dia belanja makan. Bawa isteri anak-anak belikan apa mereka s**a. Saya perhati je.

Dia sembang gelak-gelak dengan isteri dia. Macam tiada masalah, sedangkan kat kedai murung je.

Selesai semua, dia hantar saya ke stesen bas. Kami pun berpisah.
Esoknya dia telefon awal pagi.

"Abu, datang awal boleh? Tolong saya"

"Kenapa bos?"

"Ada orang order 50 komputer ni. Kena siapkan semua. Saya kasi lebih duit lah. Ok?"

Ya.

Apa yang saya belajar dengan bos ni? Sebab saya tanya dia. Pelik rasa. Bila tiada jualan, rasa down, mesti dia tutup kedai dan bawa anak isteri berjalan.

Pesan dia yang saya ingat sampai sekarang,

"Kalau kita down, takde sale, penat, tutup sebentar perniagaan. Baliklah rumah. Jumpa anak isteri. Hiburkan mereka.

Sebab kadang takde sale bukan sebab apa, mungkin kita terlalu sibuk sampai kita lupa, apa yang kita buat ni sebenarnya untuk apa.

Kita cari duit untuk keluarga kan? Tapi duit itu tak pernah cukup untuk kita. Tapi bila cari rezeki untuk keluarga, dan kita yakin Allah yang bagi, jadi kita takkan penat dan kita ada masa untuk berehat"

Rupanya begitu.

Selepas bertenang, selepas menghiburkan ahli keluarganya, Allah balas esoknya juga pada dia. Dan itulah yang saya ikut dan buat.

Kalau dah penat sangat, sibuk sangat, saya "pause" sebentar, dan pergi kepada keluarga saya. Kerana sesungguhnya,

Di mana ada bahagia, disitu pasti ada keluarga.

Wahai Allah, jadikanlah rumahtangga kami syurga sebelum syurga.

Jadikanlah rumahtangga kami masjid untuk kami mengingatiMu.

Tempat sumber kekuatan dan hiburan, serta ketenangan.

Amin.

Sumber dan kongsian Abu Hurairah Roslan

Address

Jalan Pasar Wakaf Bharu
Wakaf Baharu
16250

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
20:45 - 22:00
Tuesday 09:00 - 18:00
20:45 - 22:00
Wednesday 09:00 - 18:00
20:45 - 22:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
20:45 - 22:00
Saturday 09:00 - 18:00
20:45 - 22:00
Sunday 09:00 - 18:00
20:45 - 22:00

Telephone

+60189058907

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kedai Hardware Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category